Kita berada di terasnya, helpless; sambil mencari-cari alasan untuk mulakan Isnin, punch card lewat 15 minit, mini-mini dateline yang mencair di skrin komputer dan yang paling jelas ucapan mantra selamat di muka pintu sebelum kesemuanya lebur, menjadi satu titik dalam slot-slot memori yang saling bertindih antara satu sama lain.
Bolehkah kau melihatnya, Sayang?
Perang yang telah lama meletus, dengan darah, rintih yang mengoyak mimpi-mimpi anak kecil, letusan demi letusan disetiap daerah yang kita sendiri takut untuk meninggalkan jejak, kehilangan demi kehilangan; kesemua ini dalam endless cycle.
Bolehkan kau merasainya, Sayang?
Kata-kata yang kita simpan dulu, berdarah kembali, janji-janji yang berbaris jatuh ke lantai, terpecah menjadi jasad baru, membentuk sebuah rahsia yang terlalu halus, kita saling mendekat ke dalam kegelapan yang memekat.
Sayang, sebetulnya bagaimana?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan